extra income

MAHERAN JAMALUDDIN
Buku BOBA adalah hasil karya saya yang ketiga.Sudah banyak bahan bacaan saya hasilkan tetapi tidak ada yang dapat menepati citarasa saya. Akhirnya pada tahun 2005, saya telah dikurniakan ilham oleh Allah untuk meneruskan hasil karya saya yang separuh sudah siap. Waktu itu saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. Tangan sebelah kiri patah.Cedera di muka,kaki memang teruk juga. Saya dimasukkan ke hospital Alor Setar.Esoknya saya mohon dipindahkan ke Hospital Taiping.Bermukimlah saya selama 4 hari 3 malam.Di sinilah saya sambung kembali skrip BOBA. Dapat juga siapkan sehingga buku siri 3. Tertunda lagi kerana menghadapi peperiksaan akhir untuk kursus perguruan(pemulihan khas) selama 1 tahun.
     Setelah selesai kursus, sambung lagi kerja.Tahun 2006, baru siap siri 6. Saya gunakan modul ini utk murid pemulihan. Alhamdulillah...bilangan murid dapat dikurangkan dengan begitu cepat. Tahun 2007, baru siap sepenuhnya.Itupun dalam hitam putih. Tahun 2009, buku itu di semak kembali dan diharmonikan. Kemudian atas permintaan murid,buku itu dicetak dlm warna. 50 set rm1,900.mahal juga. Stok dah habis pada tahun 2010.Bimbang juga saya dgn keadaan ini.BOBA hitam putih, murid kurang berminat.
      Akhirnya BOBA dipinang oleh Syarikat percetakan yang memang saya x kenal (Nukilan Unggul). Pengurus sendiri datang jumpa saya untuk menerbitkan buku saya. Dah ada orang yang meminang, maka saya pun serahkan softcopy dan hasil buku sebelumnya.Susah juga untuk meyakinkan orang dengan hasil kerja kita. Saya x hairan tentang itu sebab bukan wang menjadi keutamaan saya. Yang penting, buku itu perlu diterbitkan kerana itulah modul yang saya gunakan untuk kelas pemulihan saya. Alhamdulillah, buku saya telah diuji dan berjaya.Tahun 2011,BOBA dicetak dengan warna-warni.x sangka saya nak jadi mcm ni. Anak2 murid sayalah yang paling gembira kerana selama ini, mereka hanya membaca buku BOBA hitam putih yg mudah lusuh. Kesian.....

BOBA mengandungi 8 siri:
Siri Pra Bacaan - vokal, huruf konsonan, suku kata kv,kvk,kvkk dan perkataan kvk bergambar
Siri 1                -  vkv,vkvk
Siri 2                - kvkv
Siri 3                - kvkvk
Siri 4                - kvkvkv,kvkvkvk
Siri 5                - kvkkv,kvkkvk
Siri 6                - perkataan yang mengandungi ng,ny
Siri 7                - Konsonan dan vokal berganding/bergabung
 Harga dipasaran RM44.00 bagi 1 set.(tidak termasuk kos penghantaran)
 1 buah buku dijual RM5.50.
 Selepas ini, saya akan menghasilkan buku kerja untuk murid pemulihan mengikut senarai kemahiran yang disediakan.
    Kalau berjaya...itu adalah rezeki anak didik saya. Sumbangan saya yang x seberapa, mudah2an dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
   Sekiranya berminat hubungi saya 019-5738937.email- firda_pdgb@yahoo.com.

Syukur kehadrat Allah di atas anugerah ini.Terima kasih kepada anak-anak dan suami yang turut membantu menjayakan misi 'MEMBENAM BUTA HURUF'.


              Inilah hasil karyaku~