extra income

MAHERAN JAMALUDDIN

















































MAHERAN JAMALUDDIN
Setelah 20 tahun berkecimpung dalam dunia pemulihan, pelbagai warna kehidupan bersama murid pemulihan telah dirasai. Kepuasan mendidik mereka merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya. Kejayaan demi kejayaan telah diperolehi sepanjang berada di dalam dunia pemulihan. Cabaran demi cabaran dilalui dengan matlamat supaya murid pemulihan boleh menguasai 3M seiring dengan rakan sebaya yang lain. Ada juga murid pemulihan lebih berjaya daripada murid arus perdana. 

Sumbanganku tidak seberapa. Bahan Bantu Belajar banyak dihasilkan dengan modal sendiri. Buku BOBA menjadi teks/modul dalam pengajaran dan pembelajaran. Alhamdulillah...bilangan murid pemulihan tidak seramai seperti dulu. LINUS memberi nafas baru dalam dunia pemulihan. Guru pemulihan tidak boleh pandang ringan lagi dengan pemasalahan murid. Data-data yang dikehendaki membuatkan guru-guru pemulihan semakin terasa bahawa pengajaran dan pembelajaran tidak boleh sambil lewa. tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya mendukung harapan negara, melunasi tugas semaksimum mungkin dengan sedaya upaya.

Terima kasih jua kepada BOBA yang banyak membantu dalam merealisasikan matlamat mengecilkan bilangan murid buta 2M.